Resepi ni memang power, sebab bahan-bahan yang diperlukan biasanya memang ada di rumah (kecuali ovalet). Memang senang dan cepat. Semoga anda mendapat manfaat.
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat (boleh lebihkan jika anda suka manais-manis lemak berkerim)
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu besar ovalett
1 sudu perisa (boleh tukar kepada perisa asli, serbuk koko / isi durian dsb)
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer (boleh guna pemukul tangan jika tiada mixer).
Pukul lebih kurang 15 minit, hingga bancuhan menjadi kembang dan ringan.
Masukkan dalam bekas dan bekukan (tak perlu pukul 2 kali).
Senang dan mudah bukan? Walau bagaimanapun, resepi aiskrim di atas, lebih sesuai kepada makan sendiri atau sajian kepada tetamu berskala kecil. Ada satu resepi dengan teknik yang lagi power dan sesuai untuk bisnes komersil.
Resepi dan tips bisnes aiskrim ini sememangnya sangat mantap dan tidak ramai yang sedar dan tahu kuasa menjual yang diajar. Senang-senang untuk dapatkan jualan 4 angka hanya dengan aiskrim yang berniali RM1 secalung (kon).
Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kalau boleh dapat 4 angka, rahsia ni nak didedahkan?
Senang sahaja jawapannya,
rezeki itu milik Allah, dan bukan semua rezeki itu kita boleh bolot. Lagipun rahsia yang didedahkannya agak mustahil untuk menjejaskan periuk rezeki penulis ebook
rahsia Aiskrim ini. Lebih-lebih lagi jika dipisahkan dengan jarak geografi yang jauh.
Sebagai contoh paling mudah, biasakah kita melihat
bisnes used car yang teletak bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain? Jadi, faham bukan? Rezeki ada di mana-mana dan Allah jua yang mengizinkannya, samada ia milik kita atau orang lain.