Assalamualaikum wbt.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pelanggan Muhasabah Trading. Sempena hari raya Aidilfitri 1432H, kami memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami dalam kesibukan berurus niaga secara online dan offline.
Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Namun, kami masih bersyukur ke atas hadrat Ilahi yang masih memberikan kami peluang untuk meneruskan perjuangan memperagakan koleksi pakaian muslimah di
website kami.
Kami juga memohon maaf kepada segelintir kecil pelanggan yang terpaksa menerima hakikat yang kadang kala item yang dipinta berstatus 'available', tapi atas kealpaan kami, ia tidak berada dalam simpanan kami, atau telah rosak.
Namun, atas dasar tanggungjawab, kami berusaha menggantikannya dengan koleksi tudung / selendang yang setara nilai, atau pun memulangkan wang yang telah dikirim kepada kami.
Kami sedar, wang bukanlah segalanya, walau pun perniagaan dibina atas dasar mengejar duit dan kekayaan. Apa yang penting bagi kami adalah kepuasan pelanggan, yang perlu dititik beratkan dan dijaga sepanjang masa. Ini semua adalah untuk menjaga
reputasi syarikat kami yang masih terus bertahan dipersada perniagaan online semenjak tahun 2002, tanpa dilabel sebagai Muhasabah Trading spam atau penipu dunia siber.
Duit boleh dicari, tapi kepercayaan akan hilang lenyap sekelip mata jika kita melakukan walau hanya sekali kesilapan.
Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Akhir kata, maaf sekali lagi dari hujung rambut dan kaki,
halalkan segala rezeki yang kami terima di dalam dunia maya ini selama kita berurus niaga.
Wasalam.
Sham
Muhasabah Trading
Merlimau, Melaka.