credit thesun.co.uk
Salam,
Post pada kali ini bukan berkisar tentang tudung, mahu pun koleksi jubah terkini. Apa yang saya ingin kongsikan adalah petua dan panduan bagi para suami isteri yang masih belum menimang cahaya mata.
Betul, belum ada anak adalah ketentuan Allah. Tapi kita sebagai manusia perlulah mencuba bagi mencari jalan keluar kepada masalah yang timbul. Bagi yang telah setahun atau bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, tapi masih belum mempunyai anak, mungkin ia adalah satu mimpi ngeri. Mungkin sudah banyak petua atau teknik perubatan samada moden, mahupun tradisional sudah dicuba. Hasilnya tetap sama... belum ada rezeki, gagal dan masih belum hamil.
Mungkin juga anda pernah mengalami keguguran dan selepas itu peluang untuk hamil tidak muncul kembali. Anda sendiri tidak tahu di mana puncanya dan kenapa masih belum berjaya untuk mengandung.
Sentiasalah berfikiran positif. Teruskan usaha dan jangan sekali-kali mengalah. Disamping kita berusaha, sematkan tawakal dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.
Disini daya ingin berkongsi kepada anda semua sebuah panduan tips untuk senang hamil. Segala tips, petua dan panduan bagi mendapatkan cahaya mata mungkin akan berjaya dengan ebook ini, dengan izin Allah swt.
Akhir kata, selamat mencuba dan sebar-sebarkan kepada rakan taulan anda yang masih mencari peluang untuk hamil. Insyaallah.