MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Saturday, August 29, 2009
Koleksi terkini 2009 Tudung CT gaya Siti Nurhaliza batu
This brand new scarf, known as Siti Nurhaliza style Hijab. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Made of 2 layers of fabric. The latest pattern of scarf is very stylish and versatile. Suit for special occasion, Hari Raya, leisure or anytime you like.
Inner - Soft spandex
Outer - chiffon
Tudung terkini koleksi Muhasabah Trading ini lebih dikenali sebagai tudung gaya Siti Nurhaliza dengan hiasan batu manik, cantik, menarik dan mempersonakan.... Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, hari raya atau bila-bila masa sahaja.
Menggunakan kain yang lembut dan selesa. Tudung Permaisuri ini didatangkan dengan gabungan kain spandex (lembut dan ringan - lapisan dalam) serta kain sifon dibahagian luar.
measurement approx (labuh:
dagu ke bawah : 20" (51.5 cm)
Monday, August 24, 2009
Update 25 Ogos 2009 : Penambahan stok tudung
Salam,
Kami di Muhasabah Trading sedang mengemaskini stok serta memasukkan senarai tudung secara berperingkat ke dalam ebay Malaysia dan ebay Singapore. Alhamdulillah, sempat juga dimasukkan secara sedikit demi sedikit dengan kekangan masa dan juga perubahan rutin harian sebermulanya Ramadhan.
Baru sebentar sahaja tadi, beberapa helai tudung butang belakang yang diinspirasi dengan sentuhan tudung Hajaba berjaya di'upload'. Insyaallah, beberapa jenis tudung dan pattern akan dimasukkan kelak beserta dengan himpunana koleksi terkini jubah labuh terkini bakal dimasukkan juga.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mulia ini. Semoga kita berjaya mengharungi Ramadhan kali ini dengan lebih ibadah dan keberkatan.
Wasalam.
Saturday, August 22, 2009
Tudung Ekin selendang Siti dwi tone
Tudung Ekin selendang Siti dwi tone ini menggabungkan selendang Ct dual tone bermanik batu dan tudung ekin. Kombinasi ketiga-tiga elemen dalam satu gabungan tudung ini menghasilkan sesuatu yang diminati dan dicari ramai wanita.
Populariti tudung Ekin masih belum pudar walaupun kini terlalu banyak muncul pelbagai fesyen tudung serta jenis material yang membezakan antara satu sama lain. Kesinabungan populariti Siti Nurhaliza juga mencetuskan idea menghasilkan selendang yang dipanggil selendang Siti ini.
Selendang CT ini adalah gabungan 2 jenis warna yang dijahit menjadi sehelai selendang, manakala kemasan terakhir adalah dari segi hiasan manik-manik batu yang terdapat disepanjang persisiran selendang ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)