Friday, November 13, 2009

Koleksi Fesyen Tudung 4 segi : Tudung Morocco

Koleksi tudung kali ini adalah tudung Morocco - sejenis tudung 4 segi yang amat jarang diperolehi di pasaran Malaysia, dengan material utama adalah kain sifon (chiffon) yang sangat lembut di bahagian tengah dan kain oraganza di sekelilingnya beserta manik yang di jahit dengan jahitan tangan hagian keliling kain organza tersebut.

Lerang / bidang 41 & 36 : tudung empat segi dengan 2 ukuran (41" x 41") & (36" x 36") - sila baca 'description item bagi setiap tudung Moroko yang tersenarai ).

Tudung Morocco ini didatangkan dengan pelbagai warna-warna segar dan garangdan juga warna lembut, amat cantik dan sesuai untuk majlis-majlis rasmi, keramaian, musim perayaan dan juga waktu-waktu santai.

Sejenis tudung yang mempunyai ciri moden, anggun, terkini, elegen, kontemporari serta menawan.. Yang pasti, anda sememangnya agak sukar mendapatkannya di pasaran





Thursday, November 12, 2009

Cara memakai selendang

Salam.

Hari saya dalam keadaan kepenatan setelah semalaman update serta upload koleksi jubah dan blouse ke dalam online store Muhasabah Trading serta ebay. Namun masih banyak lagi belum selesai.

Insyaallah saya akan memasukkan koleksi selendang yang kini menjadi pilihan para remaja.. (diaorang kata tudung Yuna..).

more Tutorial Tips: How to wear pashmina shawl [lagi cara-cara memakai slendang] (click here) 

Di sini saya sertakan video cara-cara lilitan selendang..


Terima kasih kepada radiusite yang mengkongsikan video cara memakai selendang ini.

Wednesday, November 11, 2009

Freshwater pearl jewelry



Freshwater pearl jewelry atau dikenali sebagai muatiara asli tergolong dalam golongan barangan kemas yang digilai kebanyakan wanita. Freshwater pearls agak sukar dikenal pasti bagi sesiapa yang jarang memakai perhiasan ini.

Pearls necklace atau rantai mutiara sememangnya menarik bagi pemakaian si leher jinjang. Apatah lagi bila anda menghadiri majlis makan malam yang sememangnya masin-masing bergaya pada malam tersebut.

Sebenarnya banyak produk yang terhasil melaui mutiara selain membuat barangan perhiasan (jewelry making pearls), terdapat juga muatira yang dijual dalam bentuk loose pearls iaitu dalam bentuk asli butir-butir mutiara - terpulang kepada kita untuk mengubahsuai mengikut kreativiti masing-masing.

Terdapat satu produk mutiara yang dinamakan pearl in oyster yang datang dengan set mutiara di dalam tiram dalam keadaan bercengkerang. Ia amat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah. Wish pearls adalah salah satu daripada produk pearl in oyster ini.

Pearl jewelry (perhiasan mutiara) adalah lambang keanggunan bagi wanita dan amat mempesonakan si pemakai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...