Salam buat semua.
Ini merupakan entry pertama blog Muhasabah Trading pada tahun 2010 ini. Tahun baru, semangat baru dan semestinya kami juga ingin tampil dengan produk-produk serta koleksi-koleksi fesyen terkini. Tak kira samada koleksi fesyen jubah, koleksi fesyen tudung, mahupun koleksi fesyen baju kurung moden.
Sebelum ini saya memang tidak mahu menambah koleksi kami dengan fesyen baju kurung modern, tetapi atas permintaan serta 'demand' yang agak tinggi, saya cuba masukkan dahulu beberapa pasang. Baju kurung moden yang baru sahaja saya ambil ini boleh didapati dalam saiz 38 dan 40 sahaja (untuk yang berbadan remaja / kecil / kurus / 'slim-slim' sahaja buat masa ini). Insyaallah lain kali kami akan menambah saiz-saiz serta rekaan corak yang lain dari masa ke semasa.
Warna yang ada pula adalah warna ungu-merah, merah-oren, serta hijau-coklat, manakala material atau kain yang diguna adalah kain sifon diluar serta kain spandex sebagai lining / inner baju kurung moden ini. Bahagian lengan (tangan) diperbuat mengikut trend 'tangan CT' beserta dengan butang untuk mengkancingnya. Leher ke dada pula dihiasi dengan jahitan manik-manik yang tersusun rapi dan cantik,
Harga yang biasa ditawar dibutik-butik serta kebanyakan kedai-kedai di luar sana adalah dalam lingkungan RM 120 - RM 180 manakala harga yang kami tawarkan dalam
ebay store Muhasabah Trading hanyalah RM 110, termasuk
penghantaran PERCUMA keseluruh Malaysia. Memang harga yang ditawar murah, munasabah dan berpatutan, memandangkan anda tidak perlu membayar kos tambahan untuk proses penghantaran (menggunakan pos laju). Kualitinya dijamin setanding dengan yang ada di ruang pameran butik-butik ternama.
Sila layari ebay store Muhasabah Trading
untuk melihat gambar-gambar yang lebih jelas untuk koleksi baju kurung ini.
Ukuran saiz 38 dan 40 baju kurung modern corak abstrak
Jika sudah berkenan di hati, apa tunggu lagi? Daftar dengan ebay.com.my dan BUY IT NOW, sementara stok masih ada. Siapa cepat dia dapat kerana stok adalah terhad. Pembayaran boleh dibuat dengan menggunakan pindahan wang / ATM / CDM (cash deposit machine) ke akaun maybank saya. Sila emel selepas pembayaran dibuat.
Wasalam