Wednesday, May 6, 2009

Penghabisan stok Baju Kemeja Lelaki ekslusif batik lukis asli Terengganu

Salam,

2 helai Baju Kemeja Lelaki ekslusif batik lukis asli Terengganu baru sahaja dimasukkan ke dalam ebay store Muhasabah Collection. baju kemeja lelaki ini adalah himpunan koleksi Muhasabah Trading yang sebelum ini berada di dalam outlet kami.

Saya bercadang untuk menghabiskan stok ini dan ditukar dengan stok baru. Harga pasaran kemeja corak ekslusif ini mencecah sehingga RM260, tetapi kini kami menawarkannya pada harga 'cuci kedai' dengan tawaran serendah RM130 sahaja termasuk penghantaran PERCUMA. Cepat sementara stok masih ada. Hanya 2 helai sahaja yang ada.
















Monday, May 4, 2009

Apa khabar semua?

Salam,

Lama rasanya saya tak update blog muhasabah Trading : Muslimah Clothing ni. Saya agak sibuk berniaga secara offline (pasar malam dan juga pasar tani). Stok pun dah lama saya tak tambah. Saya mempunyai lebihan stok setelah memberi cuti panjang kepada pekerja saya di kedai disebabkan bisnes yang agak merudum. Maklumlah, ekonomi meleset, orang pun berhati-hati untuk berbelanja membeli tudung. Tambahan pula, semakin ramai saya lihat peniaga barangan lain beralih angin menjual tudung. Jadi persaingan yang tinggi wujud si situ.

Satu lagi yang saya perasan, beberapa peniaga kedai telah pun menutup kedai masing-masing untuk dijadikan sebagai stor simpanan tudung dan kain pasang. Mereka juga telah mula menjaja di pasar-pasar malam. Memang terasa bahangnya kemelesetan ekonomi kali ini.

Apa-apa pun, saya masih bersyukur kerana dapat meneruskan perniagaan, dan berjuang bagi mencari sesuap nasi. Persaingan tetap wujud, jatuh bangun pula adalah rencah mengharungi dunia perniagaan. Tapi bukan senang mahu senang, bukan susah untuk susah. Ketabahan serta kesabaran amat perlu, disamping doa dan tawakal kepada Allah swt. Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana. Segala aturan yang dibuatNya ada seribu satu hikmah.

Store ebay saya telah dikemaskini dengan tambahan stok serta 'relist item' bagi beberapa barang yang terjual, tetapi pembelinya tidak membayar setelah lebih kurang 2 minggu pembelian. Ada juga stok tudung yang saya tambah (kebanyakkannya telah terjual untuk pattern yang sama). Tudung yang dimasukkan adalah koleksi tudung-tudung gaya ekin. Saya juga akan cuba dapatkan koleksi tudung permaisuri yang terkini dipasaran. Ebay store juga akan ditambah dengan beberapa kemeja batik yang ada dalam stok saya, serta yang akan saya hasilkan sendiri (canting).

Saya juga bercadang untuk menambah bilangan jubah putih bagi memberi kemudahan kepada para jemaah yang ingin menunaikan umrah. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan saya cuba dapatkannya. Doakan saya.

Selamat mengharungi hari yang mendatang dan berdoa serta tawakal agar kita dihindari dari segala malapetaka, terutamanya wabak selsema babi. Sama-sama kita berdoa agar ekonomi dunia amnya serta ekonomi Malaysia umumnya, pulih dan melonjak naik... Amin.

Sunday, April 19, 2009

Contemporary modern chiffon Blouse with batik pattern

Salam,

I have second thought now about my listing for ebay Malaysia. Most of my customers has '0' feedback score. That means, they are really new to ebay. The problem is, some has made the purchase, but no payment received for more than a month. Sometimes they just ignore it. Now I start to feel give up to do marketing for ebay Malaysia. Previously, I quit from Lelong with worse problem.

Anyway, here are some listings for brand new chiffon blouse contemporary batik pattern.









Click on the title to see the size measurement and detail description. Thank you.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...