Tuesday, March 6, 2012

Bisnes internet dan promosi perniagaan




Salam 1Malaysia buat semua pembaca yang dihormati.

Saya sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskini blog ini, memutuskan untuk menukar arah hala tuju blog ini bermula hari ini. Kewujudan blog ini pada asalnya khusus untuk mempromosikan segala jenis cabang perniagaan, tak kira samada bisnes online, offline, affiliate dan juga pelbagai promosi produk perniagaan.

Namun kemudiannya, saya mengkhususkan promosi blog ini hanya kepada koleksi pakaian muslimah semenjak 2008 sehinggalah Februari 2012. Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya fokus kepada niche koleksi tudung, selendang, pashmina, jubah, kurta, salwar kameez dan juga blouse.

Oleh kerana saya berasakan pentingnya penjenamaan MuhasabahTrading.com , maka secara rasmi, segala urusan diletakkan dibawah satu payung, iaitu untuk blog, di http://blog.muhasabahtrading.com/ , manakala untuk kedai online kami, di http://www.muhasabahtrading.com/store/ .

Sejajar dengan itu, blog ini akan memberi ruang kepada segala bentuk sumber perniagaan online, offline, promosi affiliate, dropship dan juga tips-tips dan info yang berkaitan dengan bisnes. kami juga berharap agar Allah swt memberi saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini, disamping membuka ruang dropship kepada dropshipper yang berminat untuk berniaga.

Akhir kata, kami berdoa kepada Allah swt agar segala urusan kami diatas dunia dan akhirat dipermudah. Kami juga berharap agar usaha kami dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan juga mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi. Amin


Sham aka samdaddycool
Melaka
7 Julai 2012 M
14 Rabiul Akhir 1433 H

Tuesday, January 3, 2012

Permohonan kerjaya jururawat

http://www.muhasabahtrading.com/jururawat

 Setiap lepasan SPM, dan juga STPM pasti mencari ruang untuk melanjutkan pelajaran dan menjawat jawatan yang selesa dan berpendapatan tinggi selepas tamat pengajian.

Pada zaman yang semakin mencabar ini, wujud persaingan apabila para pelajar semakin berdaya saing serta makin bijak pandai. Apabila ini berlaku, terjadi perebutan tempat di IPTA dan IPTS, dan pastinya hanya yang terbaik akan terpilih melanjutkan pelajaran.

Namun, harus diingat, tidak semua kursus yang ditawar di uniersiti serta kolej akan menjajikan peluang pekerjaan pabila tamat pengajian kelak. Mungkin disebabkan peluang kerja yang terhad, atau pun sebab kursus yang dipilih bukan kursus yang mempunyai 'demand' tinggi.

Peluang kerjaya sebagai jururawat di hospital kerajaan dan hospital swasta sebenarnya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Banyak yang kita tak sedar dari segi peluang kerja, dan juga kemudahan kursus pembelajaran.

Namun, kerja sebagai seorang jururawat (lelaki mahupun perempuan) bukannya sekadar melepaskan batuk ditangga. Ada pelbagai faktor, serta 'mind set' yang perlu kita tahu dan langkaui sebelum terjun ke bidang ke jururawatan.

Saya baru selesai membaca bab pertama panduan kerjaya jururawat ini. Nampak sangat berguna dan berinformasi untuk panduan lepasan SPM, dan STPM, sekiranya bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang jururawat. Seeloknya mereka perlu dapatkan buku ini, baca dan fahamkan agar pilihan mereka ini menjadi sesuatu yang dibanggakan kelak.

Nantikan ulasan penuh saya tentang e-buku panduan kerjaya jururawat ini selepas saya selesai membaca keseluruhannya.

Wednesday, December 28, 2011

Cara memakai selendang pashmina shawl cara Hana Tajima style





Short pashmina tutorial
 "The most requested hijab style is finally here, a simple versatile style. A headscarf tutorial to do in a couple of minutes!"







Cara pakai Pashmina Pendek ala Hana Tajima





 
Loose casual pashmina wrap style
"how to wrap your headscarf in a couple of clear and easy steps."
Cara pakai Pashmina Panjang,Labuh dan Lebar gaya Hana Tajima
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...