Friday, May 14, 2010

Koleksi Tudung Terkini : Syria Lycra Diamond



  • bahan tudung : 2 helai (sepasang - ibu / anak ) tudung lycra Korea Intan baiduri (diamond)
  • Labuh dagu ke bawah : 18inci (45cm)
  • Anak tudung (inner) : mempunyai satu garisan 'highlight' daripada warna berlainan + hiasan sebaris batu kristal
  • Ibu tudung (outer) : dihiasi susunan batu-batu kristal berwarna di bahagian hadapan (bawah) dan belakang (bawah)
  • saiz : M
Keistimewaan tudung Syria Diamond ini terletak pada inner yang mempunyai 'highlight' warna berbeza serta hiasan batu-batu kristal sebaris dengan highlight tersebut. 

Sila klik SINI untuk senarai penuh



Thursday, May 13, 2010

Koleksi baju blaus ke pejabat

Salam,

Untuk koleksi kali ini, kami hidangkan kepada anda baju blaus berpetak yang sesuai digayakan untuk ke pejabat. Nampak elegan dan stylo. Baju blus corak berkotak-kotak ini didatangkan bersama tali pinggang dengan corak serta material yang sama. Butangnya besar-besar, ada iras-iras batu permata.. jernih berkilau..



Tak banyak yang tinggal, hanya ada 4 pasang sahaja, saiz terdiri daripada saiz 40, 42, dan 44 (M, L, XL). Harganya cuma RM 45 sahja + FREE delivery ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Untuk senarai penuh atau teringin nak beli, sila ke SINI




WBLC001 : Women Blouse checkered size 40 M REDDISH

 

 WBLC002 : Women Blouse checkered size 42 L BLACK GRAY

 

WBLC003 : Women Blouse checkered size 44 XL GREENISH

 

 WBLC004 : Women Blouse checkered size 44 XL ORANGE

 

Wednesday, May 12, 2010

Koleksi tudung Oval @ Twist @ Pusing Diamond intan


Koleksi tudung kali ini dikenali dengan nama tudung oval batu manik kristal atau @ tudung pusing. Cara memakai tudung ovul ini ialah dengan menarik bahagian bawah tudung di dada dan memusingkannya (dan diletak) kebahagian atas bahu. Ini adalah salah satu daripada kesinanbungan tudung 'instant'.

Keistimewaan tudung oval batu manik kristal sudah pasti pada hiasan batu-batu kristal yang terdapat di bahagian dada, belakang dan juga awning (topi). Tudung ovul diamond batu manik kristal ini dibuat menggunakan kain spandex , yang pastinya lembut dan selesa.

  • bahan tudung : spandex
  • awning          : separa keras + hiasan batu kristal 
  • labuh             : 20 inci (50 cm) dari dagu hingga ke bawah
  • saiz               : L
Tudung oval size L ini murah sahaja, hanya RM 18 dengan tiada kos tambahan untuk pengeposan ke seluruh malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Sila ke SINI untuk senarai penuh.

Tuesday, May 11, 2010

Koleksi tudung Terkini: Lycra CHINA Diamond



Kali ini membawakan koleksi tudung diamond kain lycra China. Lycra China ini kualitinya rendah sedikit berbanding Lycra Korea. Hiasan batu kristal terdapat pada awning, bahagian bawah depan dan belakang. Nampak lip lap, lip-lap dari jauh. Ada campuran batu kristal 'clear' dan berwarna.

Spesifikasi tudung diamond ini;


  • bahan tudung : lycra China
  • awning : Separuh & lembut (tidak mudah patah) + batu kristal
  • Labuh dagu ke bawah : 15 inci (37.5cm)
  • saiz : M
Sila kesini untuk senarai penuh (proses upload sedang berlangsung)..

Thursday, May 6, 2010

Inner Tudung Syria murah






Salam,

Beberapa inner Tudung Syria kain kasa (cotton) telah dimasukkan ke dalam online store kami. Anak tudung ini boleh digunakan bersama dengan Tudung Syria, mahupun selendang atau apa jua jenis tudung yang bersesuaian.

Pembelian adalah untuk 3 helai (RM 20 ) sahaja.

Sila ke sini untuk keterangan lanjut

Monday, May 3, 2010

Inner Tudung Syria


Salam,

Ada beberapa helai anak tudung Syria (inner) kain lycra Korea baru saya upload kedalam online store. Tak banyak yang tinggal, yang lain dah habis. Insyaallah ada rezeki saya masukkan lagi yang lain.

Anak tudung Syria inner kain kasa (cotton) ada banyak dalam stok. Inner syria cotton ni murah sahaja, tapi ada pelbagai warna. Mungkin saya akan masukkan sehelai-helai, atau mungkin saya akan jual untuk harga borong je sebab murah sangat untuk jual 'loose'.

Terlalu banyak 'ongoing job' kena buat sekarang ni. Saya ingin bertukar kepada full time online home bisnes dan juga full time blogger.

Wish me luck!



ITS001: Head scarf INNER tudung syria RED BLACK

ITS002: Head scarf INNER tudung syria HOT PINK GRAY

 ITS003: Head scarf INNER tudung syria BURGUNDY & VIOLET GRAY

 

 

Sunday, May 2, 2010

Koleksi Tudung kanak-kanak

Salam semua,

Mari kita tengok koleksi tudung fesyen terkini untuk kanak-kanak perempuan pula. Ramai juga orang dewasa nak membeli untuk diri mereka sendiri, sebab ingatkan tudung ni saiz dewasa. Sebabnya memang coraknya sangat lawa dan cantik.

Material - spandex
Labuh dagu ke bawah - 9 inci ( 23cm)
Model - Fieza (5 tahun)

Tudung kanak-kanak ini sesuai dipakai untuk peringkat umur antara 3- 7 tahun. Model tu Fiza, sepupu saya berumur 5 tahun. Sedang-sedang je dipakai, nampak ngam-ngam. Kalau kakaknya yang tembam umur 8 tahun plak, dia kata ketat bila pakai.


 
 
Klik sini untuk senarai penuh koleksi tudung kanak-kanak


Saturday, May 1, 2010

Tudung Syria bercorak

Ini antara 'pattern' yang memang sempoi dan kontemporari untuk koleksi tudung Syria. Memang senang memakainya, corak-corak nampak tak terlalu serabut, manakala warna-warnanya pun menarik dan senang dipadankan dengan baju.

Ok, tanpa banyaksongel, mari kita lihat senarai yang mengungguli koleksi tudung Syria bercorak ini.

TSYC001: Tudung Syria hijab pattern bercorak size M cotton PINKTSYC001: Tudung Syria hijab pattern bercorak size M cotton PINK

 

TSYC002: Syrian head scarves pattern BROWN tudung Syria PINK GRATSYC002: Syrian head scarves pattern BROWN tudung Syria PINK GRAY

 

TSYC002: Tudung Syria hijab pattern bercorak size M cotton BROWNTSYC002: Tudung Syria hijab pattern bercorak size M cotton BROWN

TSYC003: Syrian head scarves pattern tudung Syria D. BROWNTSYC003: Syrian head scarves pattern tudung Syria D. BROWN

 

TSYC005: Head scarves Syria pattern tudung D. GREENTSYC005: Head scarves Syria pattern tudung D. GREEN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...