Wednesday, May 27, 2009

SALE Baju batik ekslusif lelaki lukis asli Terengganu

Salam semua,

Dengan harga serendah RM99.00, sehelai baju sutera jaquard batik lukis asli Terengganu adalah milik anda jika memenangi bidaan. Baju Batik lukis ekslusif ini bernilai RM 200 ++ mengikut pasaran semasa. Hanya tinggal sehelai dan saya ingin menghabiskan stok.. (simpan lama-lama pun tak guna .. nanti basi.. :P )..

Tanpa cerita panjang.. klik thumbnail di bawah untuk ke lelong store Muhasabah Collection..

Monday, May 25, 2009

Tudung bawal asli manjalara mata lalat batu kristal ori

Salam..

Tudung Bawal Mata Lalat Asli Batu Kristal Ori

Lerang @ bidang 45

empat segi ( 45" x 45")

Apa yang saya tawarkan di sini adalah tudung bawal mata lalat dengan batu kristal asli oktant svarowski. Batu ori yang dijamin berkilat. Kombinasi gabungan batu crysal yang disusun dalam aturan berkembar tiga ini mempunyai tarikan tersendiri. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah ungkapan yang sesuai untuk diperkata tentang tudung bawal. Populariti tudung bawal sememangnya tidak dapat dinafikan. Kain yang digunakan adalah lembut.

Tudung ini didatangkan dengan pelbagai warna, amat cantik dan sesuai untuk majlis-majlis rasmi, keraian, kenduri kendara, musim perayaan dan juga waktu-waktu santai. Sejenis tudung yang mempunyai ciri moden, anggun, terkini, elegen, kontemporari serta menawan... Sememangnya tudung bawal mata lalat ini menepati ciri-ciri muslimah yang bergaya serta berkarisma.

Menggayakan tudung mata lalat pasti menampakkan keanggunan seseorang wanita. Harga yang ditawarkan Muhasabah Collection amat berpatutan dan sesuai dengan 'barang yang cantik', menawan kalbu. Pasti ramai terpesona dengan kecantikkan Tudung Mata lalat ini.

Penghantaran Pos Percuma!

























dan banyak lagi...
KLIK SINI

Saturday, May 23, 2009

Tudung batu manjalara bidang besar labuh lerang 55




This brand new Turkish Bourder scarf (square ).Type of long hijab when you wearing. Suits for muslimah who ephasis about longer hijab. Comes with manjalara gems on the edge.

Tudung Turkey Bourder @ Turki Bourdour ini berukuran 55" x 55". Kelebihannya adalah ditambah dengan batu manjalara yang diletakkan di tepi tudung ini. Bagi para pemakai tudung bersaiz besar, kini anda sudah mempunyai alternatif untuk mengenakan tudung labuh, tetapi mempunyai batu manjalara (seperti tudung bawal yang biasanya datang dengan pelbagai jenis batu kristal).

Batu gred A. (bukan kristal ori)

Diperbuat daripada 100% polyester.


Sila ke Muhasabah Collection online store untuk koleksi tudung

Wednesday, May 20, 2009

Nak petua mengandung


credit thesun.co.uk


Salam,

Post pada kali ini bukan berkisar tentang tudung, mahu pun koleksi jubah terkini. Apa yang saya ingin kongsikan adalah petua dan panduan bagi para suami isteri yang masih belum menimang cahaya mata.

Betul, belum ada anak adalah ketentuan Allah. Tapi kita sebagai manusia perlulah mencuba bagi mencari jalan keluar kepada masalah yang timbul. Bagi yang telah setahun atau bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, tapi masih belum mempunyai anak, mungkin ia adalah satu mimpi ngeri. Mungkin sudah banyak petua atau teknik perubatan samada moden, mahupun tradisional sudah dicuba. Hasilnya tetap sama... belum ada rezeki, gagal dan masih belum hamil.

Mungkin juga anda pernah mengalami keguguran dan selepas itu peluang untuk hamil tidak muncul kembali. Anda sendiri tidak tahu di mana puncanya dan kenapa masih belum berjaya untuk mengandung.

Sentiasalah berfikiran positif. Teruskan usaha dan jangan sekali-kali mengalah. Disamping kita berusaha, sematkan tawakal dan sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.

Disini daya ingin berkongsi kepada anda semua sebuah panduan tips untuk senang hamil. Segala tips, petua dan panduan bagi mendapatkan cahaya mata mungkin akan berjaya dengan ebook ini, dengan izin Allah swt.

Akhir kata, selamat mencuba dan sebar-sebarkan kepada rakan taulan anda yang masih mencari peluang untuk hamil. Insyaallah.



Sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut.

Monday, May 18, 2009

FREE Voucher SenHeng RM500 & RM750




Salam to All,

Since I'm not going to use these 3 vouchers from Seng Heng, I'd like to give it for free to Muhasabah Trading : Muslimah Clothing blog reader.

To get the free voucher, what you have to do is simple. Go to the listing on ebay and buy it now. It is free but since, I have to spent my time and petrol , plus the Pos laju cost, I have to charge you for RM10 ( doesn't matter if you ask for 1 voucher , 2 or 3).

The voucher can be used by anyone as it stated 'pay to Bearer' (bayar kepada pemegang).

Here are the details of the vouchers:


Voucher 1;

value : RM 750
valid : till 31.05.2009 (31 may 2009)
item qualified :

Slim TV
  • SHP-LC46A65M /
  • PSN-TH50PV80OH /
  • SNY-KLV46Z450 /
  • PIO-PDP508XG
GET IT NOW (click here)




Voucher 2 :

value : RM 500
valid : till 31.05.2009 (31 may 2009)
item qualified :

Side-by-Side Fridge
  • SAM-RSH1NTIS /
  • HTC-RS800GMGBK
GET IT NOW (click here)





Voucher 3 :

value : RM 500
valid : till 31.05.2009 (31 may 2009)
item qualified :
Electrolux Built-in Kitchen Package
  • ELE-EFC9563X /
  • ELE-EGG9422S /
  • ELE-EOB31OOIX
AND

Bosh Built-in Kitchen Package


  • BOS-DKE908PTI /
  • BOS-PED7250AX /
  • BOS-HBN411EO
GET IT NOW (click here)

Tuesday, May 12, 2009

Muhasabah Trading di Politeknik Merlimau

Salam..

Hari ini merupakan hari bertuah bagi saya kerana diberikan penghormatan oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Merlimau, Melaka untuk menyertai program Hari rekacipta (atau pertandingan rekacipta?).

Program selama sehari berlangsung pada hari Rabu, 13 Mei 2009 bersamaan 17 Jamadil Awal 1430 Hijrah. Isyaallah saya akan bawakan koleksi tudung dan juga himpunan koleksi jubah serta baju blouse yang saya ada untuk warga Politektik Melaka, dan juga warga Merlimau yang berkesempatan untuk berkunjung ke sana.

Ini adalah peta daripada google maps untuk ke sana..



View Larger Map

Friday, May 8, 2009

Wednesday, May 6, 2009

Penghabisan stok Baju Kemeja Lelaki ekslusif batik lukis asli Terengganu

Salam,

2 helai Baju Kemeja Lelaki ekslusif batik lukis asli Terengganu baru sahaja dimasukkan ke dalam ebay store Muhasabah Collection. baju kemeja lelaki ini adalah himpunan koleksi Muhasabah Trading yang sebelum ini berada di dalam outlet kami.

Saya bercadang untuk menghabiskan stok ini dan ditukar dengan stok baru. Harga pasaran kemeja corak ekslusif ini mencecah sehingga RM260, tetapi kini kami menawarkannya pada harga 'cuci kedai' dengan tawaran serendah RM130 sahaja termasuk penghantaran PERCUMA. Cepat sementara stok masih ada. Hanya 2 helai sahaja yang ada.
















Monday, May 4, 2009

Apa khabar semua?

Salam,

Lama rasanya saya tak update blog muhasabah Trading : Muslimah Clothing ni. Saya agak sibuk berniaga secara offline (pasar malam dan juga pasar tani). Stok pun dah lama saya tak tambah. Saya mempunyai lebihan stok setelah memberi cuti panjang kepada pekerja saya di kedai disebabkan bisnes yang agak merudum. Maklumlah, ekonomi meleset, orang pun berhati-hati untuk berbelanja membeli tudung. Tambahan pula, semakin ramai saya lihat peniaga barangan lain beralih angin menjual tudung. Jadi persaingan yang tinggi wujud si situ.

Satu lagi yang saya perasan, beberapa peniaga kedai telah pun menutup kedai masing-masing untuk dijadikan sebagai stor simpanan tudung dan kain pasang. Mereka juga telah mula menjaja di pasar-pasar malam. Memang terasa bahangnya kemelesetan ekonomi kali ini.

Apa-apa pun, saya masih bersyukur kerana dapat meneruskan perniagaan, dan berjuang bagi mencari sesuap nasi. Persaingan tetap wujud, jatuh bangun pula adalah rencah mengharungi dunia perniagaan. Tapi bukan senang mahu senang, bukan susah untuk susah. Ketabahan serta kesabaran amat perlu, disamping doa dan tawakal kepada Allah swt. Dia maha mengetahui lagi maha bijaksana. Segala aturan yang dibuatNya ada seribu satu hikmah.

Store ebay saya telah dikemaskini dengan tambahan stok serta 'relist item' bagi beberapa barang yang terjual, tetapi pembelinya tidak membayar setelah lebih kurang 2 minggu pembelian. Ada juga stok tudung yang saya tambah (kebanyakkannya telah terjual untuk pattern yang sama). Tudung yang dimasukkan adalah koleksi tudung-tudung gaya ekin. Saya juga akan cuba dapatkan koleksi tudung permaisuri yang terkini dipasaran. Ebay store juga akan ditambah dengan beberapa kemeja batik yang ada dalam stok saya, serta yang akan saya hasilkan sendiri (canting).

Saya juga bercadang untuk menambah bilangan jubah putih bagi memberi kemudahan kepada para jemaah yang ingin menunaikan umrah. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan saya cuba dapatkannya. Doakan saya.

Selamat mengharungi hari yang mendatang dan berdoa serta tawakal agar kita dihindari dari segala malapetaka, terutamanya wabak selsema babi. Sama-sama kita berdoa agar ekonomi dunia amnya serta ekonomi Malaysia umumnya, pulih dan melonjak naik... Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...