MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Monday, June 28, 2010
SMS... minta maaf tak semuanya terjawab
Salam buat semua pembaca blog Muhasabah Trading : pakaian muslimah. Buat masa ni saya belum upload apa-apa koleksi tudung terkini, mahupun jubah atau baju kurung. Saya agak sibuk dengan urusan offline buat masa ini. Insyaallah akan saya masukkan koleksi pakaian muslimah terkini dalam masa terdekat.
Tujuan utama saya membuat entry ini adalah sebagai meminta maaf kiranya anda ada menhantar sms tetapi saya tidak menjawabnya. Perkara utama menyebabkan saya tidak mampu menjawabnya pabila sms tersebut menyatakan "eg. item kod tsj0036, masih ada lagi tak?". Walhal semuanya boleh dilihat statusnya dibahagian bawah 'description item', jika tiada, akan tertulis SOLD OUT. Jika saya berada diluar, bukannya dihadapan laptop, memang saya tidak mampu menjawabnya. Kadang kala, saya akan membalas juga mengatakan 'saya berada diluar'.
Saya cuba memahami dan sebolehnya tidak menghamburkan kata-kata (sms) yang bernada menyinggung perasaan. Saya juga cuba untuk memahami bahwa tidak semua pelanggan mahir membeli belah secara online menggunakan shopping cart.
Sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa segala item yang berada di dalam Butik Online Muhasabah Trading berstatus AVAILABLE, kecuali tertulis SOLD OUT di bahagian bawah.
Akhir kata maaf sekali lagi sekiranya entry ini menyinggung perasaan anda. Saya juga manusia seperti anda semua, tidak dapat lari aripada melakukan kesilapan.
Wasalam
Sham
Muhasabah Trading
Muar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
biasaklah sam, orang selalu tak baca habis, agak-agak tak tau terus tanya.
Ardzham > Penat balas sms yang kadang kala soalan berulang-ulang kali sama saja..
mungkin pengalaman dan pendedah customer terhadap lain-lain sistem jualan secara online secara keseluruhan dalam negara ni kot buat mereka ambil langkah utk bertanya...rasanyal kot hehe
etomyam > Mungkin sebab kebanyakan jualan online hanya melalui blog (terutamanya blogspot). Jadi pembeli sudah biasa dan selesa dengan cara itu.
lain kali...bubuh sold out tu sebesar2 skrin...br paham agaknya...hahahaha
Frahaznil> hehehe... tak perasan yang kecik gamaknya.. :)
Post a Comment