Friday, November 6, 2015

Tips mengukus dan steam periuk ajaib Noxxa pressure cooker



Hari ini kami nak kongsikan tips mengukus menggunakan periuk  tekanan Noxxa, yang kami dapat melalui group telegram.

Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu memasak masing-masing. Tips ini juga mungkin membolehkan kita dapat mengolah koleksi reseepi Noxxa mengikut kreativiti masing-masing.

Friday, October 30, 2015

Rossmax Blood Pressure Arm Monitor


Device untuk memantau tekanan darah yang boleh kita lakukan sendiri di rumah. Sesuai untuk sesiapa yang berisiko menghidap darah tinggi, ibu mengandung, mahu pun sekadar untuk memastikan tekanan darah terkawal setiap hari.

Amat mudah untuk diguna, hanya balut di lengan, sama seperti yang selalu diguna oleh doktor dan pembantu perubatan di hospital serta klinik.

Didatangkan dengan fungsi bercakap, pengesan pergerakan, pengesan denyutan jantung tidak tetap, penunjuk risiko hipertensi dan 90 set bacaan memori dengan purata 3 bacaan yang lalu. 

Berjenama Rossmax, menggunakan teknologi kabur sebenar (menentukan tekanan kaf yang ideal berdasarkan tekanan darah sistolik dan saiz lengan). Teknologi ini menghapuskan ketidakselesaan pada lengan akibat seting pengembungan tinggi yang tidak perlu dan juga mengelakkan bacaan yang tidak tepat disebabkan oleh paras pengembungan kaf yang salah. Rossmax Blood Pressure Arm Monitor ini mempunyai warranti 5 tahun.



Wednesday, October 28, 2015

Resepi Nasi Arab Kabsa - pressure cooker Noxxa

credit image www.iresepi.net

Nasi Arab Kabsa Noxxa

Nasi Arab  Kabsah Periuk pressure cooker Noxxa - (rempah Durra)

NASI ARAB
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
1 bawang besar holland - potong dadu
1 biji tomato
2 sudubesar rempah kabsa (Durra)
1 kuib ayam
1 sudubesar garam
1 kg beras basmati Pusa
1.4 liter air
1 paket kecil rempah tumis
3 helai daun rempah tumis ( bay leaves)
sedikit saffron

cara:
1. tekan stir fry fry dan on. Masukkan minyak sapi, kemudian tumiskan bahan tumis dan bawang besar, masak sampai garing, masukkan rempah kabsa, kuib ayam dan saffron, kemudian masukkan bay leaves, tomato, air dan garam. akhir sekali masukkan beras
2. Tutup periuk dan tekan off. Tekan butang high pressure dan set selama 7 mint  dan tekan butang on. Bila dah masak, matikan (off)


SALSA
Bahan-bahan:
1 bawang besar
2 pokok ketumbar
5 cili padi
2 biji tomato
sebiji perahan lemon
 1 sudubesar garam
5 sudubesar gula

Cara : kisar semuanya


SALAD ARAB
1-2 biji timun jepun dipotong dadu
1-2 biji tomato dipotong dadu
1/2 perahan lemon
garam-lada hitam secukup rasa


AYAM BAKAR
1 sudubesar mixed spice
1/2 serbuk kunyit
1 sudubesar steak spice
1sudubesar lada hitam
2 sudubesar tomato sos
1 kiub ayam maggi
1 sudubesar sos tiram
1 sudubesar kicap cair kipas udang
4 ketul paha ayam

Cara:
1. Masukkan paha ayam dalam bekas dan campurkan semua bahan perapan dan gaul hingga sebati. Perap ayam lebih dari 1 jam. Susun ayam dalam periuk, tuangkan lebihan perapan tadi ke dalam periuk . Tutup penutup dan tombol ke arah pressure.
2. Set selama 7 min ke butang  high pressure dan tekan butang on
Selepas masak tekan butang off,  buangkan wap dan buka penutup.
3.Tukar pada stir fry, dan balik-balikan ayam sampai bertukar warna kekuning2an
dan air disejat kering. Nanti ayam akan bertukar ke kuningan dan effect caramelized disitu.
Hidangan ini untuk satu family (5-6  org ) siap.

credit resepi 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...