MuhasabahTrading dot com (JR0043416-W) Muar, Johor. http://MuhasabahTrading.com
Sunday, February 14, 2016
Koleksi selendang pashmina burberry shawl throw blanket cream
Berita baik buat para penggemar pashmina burberry pattern shawl (corak kotak-kotak). Kami telah menambah stok untuk warna original burberry, dark cream (khaki). RM19 untuk sehelai. Free pos dalam Malaysia.
Untuk belian harga borong, minimum 10 helai x RM12, free pos dalam Malaysia (sila whatsapp 013-765 9294) untuk beli harga borong.
Sila klik > > > sini untuk membeli selendang pashmina burberry
Tuesday, November 10, 2015
Resepi roti sarang lebah
Bahan-bahan roti
300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu (diana tak letak pun)
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
Cara
- Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
- Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
- Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
- Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
- Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
- Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,
- Akhir sekali bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
Sos karemal
1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
Penafian: Gambar dan resepi kami dapati melalui group masak-masak telegram. Sekiranya anda yakin ia diambil daripada blog anda, hubungi kami untuk pemberian kredit.
Friday, November 6, 2015
Tips mengukus dan steam periuk ajaib Noxxa pressure cooker
Hari ini kami nak kongsikan tips mengukus menggunakan periuk tekanan Noxxa, yang kami dapat melalui group telegram.
Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu memasak masing-masing. Tips ini juga mungkin membolehkan kita dapat mengolah koleksi reseepi Noxxa mengikut kreativiti masing-masing.
Friday, October 30, 2015
Rossmax Blood Pressure Arm Monitor
Device untuk memantau tekanan darah yang boleh kita lakukan sendiri di rumah. Sesuai untuk sesiapa yang berisiko menghidap darah tinggi, ibu mengandung, mahu pun sekadar untuk memastikan tekanan darah terkawal setiap hari.
Amat mudah untuk diguna, hanya balut di lengan, sama seperti yang selalu diguna oleh doktor dan pembantu perubatan di hospital serta klinik.
Didatangkan dengan fungsi bercakap, pengesan pergerakan, pengesan denyutan jantung tidak tetap, penunjuk risiko hipertensi dan 90 set bacaan memori dengan purata 3 bacaan yang lalu.
Berjenama Rossmax, menggunakan teknologi kabur sebenar (menentukan tekanan kaf yang ideal berdasarkan tekanan darah sistolik dan saiz lengan). Teknologi ini menghapuskan ketidakselesaan pada lengan akibat seting pengembungan tinggi yang tidak perlu dan juga mengelakkan bacaan yang tidak tepat disebabkan oleh paras pengembungan kaf yang salah. Rossmax Blood Pressure Arm Monitor ini mempunyai warranti 5 tahun.
Wednesday, October 28, 2015
Resepi Nasi Arab Kabsa - pressure cooker Noxxa
credit image www.iresepi.net
Nasi Arab Kabsa Noxxa
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
1 bawang besar holland - potong dadu
1 biji tomato
2 sudubesar rempah kabsa (Durra)
1 kuib ayam
1 sudubesar garam
1 kg beras basmati Pusa
1.4 liter air
1 paket kecil rempah tumis
3 helai daun rempah tumis ( bay leaves)
sedikit saffron
cara:
1. tekan stir fry fry dan on. Masukkan minyak sapi, kemudian tumiskan
bahan tumis dan bawang besar, masak sampai garing, masukkan rempah
kabsa, kuib ayam dan saffron, kemudian masukkan bay leaves, tomato, air
dan garam. akhir sekali masukkan beras
2. Tutup periuk dan tekan off. Tekan butang high pressure dan set selama 7 mint dan tekan butang on. Bila dah masak, matikan (off)
SALSA
Bahan-bahan:
1 bawang besar
2 pokok ketumbar
5 cili padi
2 biji tomato
sebiji perahan lemon
1 sudubesar garam
5 sudubesar gula
Cara : kisar semuanya
SALAD ARAB
1-2 biji timun jepun dipotong dadu
1-2 biji tomato dipotong dadu
1/2 perahan lemon
garam-lada hitam secukup rasa
AYAM BAKAR
1 sudubesar mixed spice
1/2 serbuk kunyit
1 sudubesar steak spice
1sudubesar lada hitam
2 sudubesar tomato sos
1 kiub ayam maggi
1 sudubesar sos tiram
1 sudubesar kicap cair kipas udang
4 ketul paha ayam
Cara:
1. Masukkan paha ayam dalam bekas dan campurkan semua bahan perapan dan gaul hingga sebati. Perap ayam lebih dari 1 jam. Susun ayam dalam periuk, tuangkan lebihan perapan tadi ke dalam periuk . Tutup penutup dan tombol ke arah pressure.
2. Set selama 7 min ke butang high pressure dan tekan butang on
Selepas masak tekan butang off, buangkan wap dan buka penutup.
3.Tukar pada stir fry, dan balik-balikan ayam sampai bertukar warna kekuning2an
dan air disejat kering. Nanti ayam akan bertukar ke kuningan dan effect caramelized disitu.
Friday, October 16, 2015
Bisnes aiskrim RM5000 part time
Ada berita baik bagi sesiapa yang mencari resepi untuk membuat aiskrim. Ada kaedah bagaimana menjana pendapatan sehingga RM5000 hanya membuat aiskrim homemade. Lagi menarik, teknik ini hanya boleh dibuat secara part time, tidak mengganggu kerja hakiki yang anda lakukan sekarang. Panduan dengan teknik, resepi, step-by-step dan proses yang perlu dilalui daripada A - Z.
Aiskrim buatan sendiri - memberi kelebihan dari segi margin profit
keuntungan dan juga pengolahan pelbagai jenis perisa. Bahan yang diguna
amat mudah didapati.
Berikut adalah antara perkara penting dalam panduan bisnes aiskrim :
- *Tidak memerlukan modal runcit yang besar,
- *Tidak memerlukan kepakaran atau skill yang tinggi,
- *Tidak akan mengganggu waktu bekerja sepenuh-masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji di sektor Kerajaan atau Swasta.
- Margin yang besar
- Kerja sedikit pulangan berganda
Aspek yang dikupas dalam ebook ini meliputi resepi rahsia produk, pemasaran, pengurusan dan operasi untuk bisnes aiskrim. Semuanya sangat terperinci dan memang berbaloi untuk ilmu Rahsia Bisnes Aiskrim ini.
Saya telahpun membacanya. Memang teruja membaca perkongsian yang sangat-sangat berharga dan bernilai. Tak rugi memilikinya. Klik sini untuk keterangan lanjut
Subscribe to:
Posts (Atom)